Politik Zulkifli Muhammad

  • 1956-menyertai parti Islam Setanah Melayu (PAS)
  • 1959-Memenangi pilihan raya Umum 1959 bagi Kawasan Parlimen Bachok, Kelantan.
  • 1956- dilantik sebagai Timbalan Yang Di Pertua Agung Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (sekarang Parti Islam Se-Malaysia) ketika Dr Burahnuddin Al Helmy dilantik sebagai Yang Dipertua Agung PAS.

Beliau seorang pemidato yang hebat dan disegani kawan & lawan. Beliau mencipta rekod berucap di parlimen selama 4 jam. Di Parlimen beliau banyak membangkitkan isu-isu berkaitan kerakyatan, cukai, penubuhan koperasi, kepentingan pengetahuan teknikal kepada orang Melayu, perkembangan bahasa Melayu, perlunya pusat latihan guru dan yang paling penting menyeru supaya menghentikan penghantaran guru ke Kirkby dan Brinsford di United Kingdom.

Tan Sri Mohd Asri Haji Muda pernah menukilkan kehebatan Dato' Zulkifli:

“Saya kenal dia sebagai pujangga dengan membaca syair-syair dan sajak-sajaknya. Saya kenal dia sebagai ahli fikir dengan menatap karangan-karangannya di majalah dan risalah yang ditulisnya. Saya kenal dia sebagai pendidik dengan perkhidmatannya di Kolej Islam sebagai setiausaha dan pensyarah. Saya kenal dia sebagai ahli ilmu dengan ceramah-ceramah ilmiah yang diberikan di kolej-kolej dan universiti ditambah dengan karya-karyanya yang memabahas pelbagai bidang ilmu pengetahuan.”